Tuesday, 28 July 2015

KHASIAT CALCIUM-D-MAGNESIUM GIFFARINE




Kalsium adalah bahan mineral yang saling diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina kesihatan yang baik. Selain sering dikaitkan dengan kesihatan tulang, kalsium dan magnesium juga dalam berperanan memelihara kesihatan jantung, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula, melancarkan perjalanan darah dan sebagainya.

Kebaikan Kalsium dan Magnesium Bersama

Salah satu panduan memilih supplemen untuk kalsium pastikan dilengkapi dengan magnesium. Kenapa..? Kerana apabila ianya bergabung POWERFULL..! Kedua-duanya berperanan memantapkan lagi penyerapan kalsium dalam tulang. Sebagai contoh, kalsium menyebabkan penguncupan otot dan saluran, manakala magnesium menyebabkan relaksi. Jadi gabungan kedua-duanya boleh membantu tekanan darah yang sihat dan denyutan jantung yang stabil serta mengelakkan kekejangan otot dan kesakitan.

Siapa yang perlukan kalsium?

Semua peringkat umur sebenarnya memerlukan khasiat kalsium. Baik lelaki atau pun wanita yang sudah berusia atau pun muda serta kanak-kanak memerlukan kalsium dalam diet seharian. Jika kita lihat iklan di t.v. pun selalu menekankan kepentingan kalsium sebagai langkah kesedaran kita bersama. Jadi siapa yang lebih memerlukan kalsium sebenar nya?
Wanita Mengandung – Bantu mengelakkan kekejangan sepanjang kehamilan serta memberi manfaat kepada bayi di dalam kandungan untuk kekuatan tulang. Risiko gigi reput juga boleh berlaku terutama wanita yang mengandung pada usia 30 tahun ke atas.
Lelaki dan Wanita Berusia – Bantu dalam mengurangkan masalah tulang rapuh atau lebih dikenali dengan osteoporosis. Kesannya sebelum tua sudah berbongkok tiga, sakit pinggang dan sering mengalami kekejangan kaki. Selain daripada itu, membantu memelihara kesihatan jantung, mengawal paras gula dalam darah serta menstabilkan tekanan darah.
Ahli Sukan – Untuk mengelakkan kecederaan tulang patah atau pun tulang retak semasa bersukan atau pun bersenam. Bukan sahaja untuk menjaga tulang, malah menjaga kesihatan jantung sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung semasa bersukan atau riadah.
Wanita Yang Sering Mengalamai PMS setiap bulan – Pre Menstrual Syndrome atau period pain setiap kali datang haid dapat dikurangkan dengan mengambil kalsium dan mengurangkan masalah sakit pinggang.
Kanak-kanak Yang Sedang Membesar – Penting bagi mereka mendapat khasiat kalsium untuk proses tumbesaran. Pada peringkat ini mereka sentiasa bergerak aktif dan memerlukan khasiat yang secukupnya agar kesihatan tulang terpelihara, sihat dan kuat.
Ibu Yang Menyusukan Anak – Ibu yang sedang menyusukan anak lebih banyak kehilangan kalsium berbanding wanita biasa. Pada waktu ini mereka memerlukan keperluan kalsium secukupnya untuk memastikan kesihatan tulang terpelihara, menguatkan gigi serta membantu meningkatkan pengeluaran susu terutama semasa waktu haid. Dalam masa yang sama khasiat kalsium dapat diberikan kepada bayi yang sedang menyusu.

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 
Vitamin D merupakan vitamin yang amat kita perlukan kerana ia memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada kita. Tahu kenapa vitamin D itu penting untuk kesihatan kita?

✔ Membantu menguatkan tulang
➴ Vitamin D membantu menyerap kalsium ke dalam tulang
➴ Vitamin D + kalsium membantu mengelakkan tulang rapuh dan retak
 
✔ Mengurangkan risiko kencing manis
➴ Lemak badan yang berlebihan memainkan peranan kepada risiko kencing manis dan kekurangan vitamin D
 
✔ Mengurangkan risiko multiple sclerosis
➴Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit ini berlaku

✔ Mengurangkan kemurungan
➴ Vitamin D memainkan peranan dalam perkembangan dan fungsi otak
➴ Pengambilan vitamin D yang secukupnya membantu mengurangkan symptom depresi
 
✔ Membantu mengurangkan berat badan
➴ Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah berat berlebihan mempunyai tahap vitamin D yang rendah
➴ Pengambilan vitamin D dalam diet seharian membantu mengurangkan berat badan

✔ Mengurangkan risiko penyakit jantung
➴ Kajian menunjukkan kekurangan vitamin D meningkatkan risiko mengalami serangan jantung
 
✔ Mengurangkan risiko cancer
➴ Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai kandungan vitamin D yang mencukupi kurang berisiko mendapat cancer

Selain daripada cahaya matahari, kita juga boleh mendapatkan sumber Vitamin D melalui pemakanan. Antara makanan yang mengandungi vitamin D ialah:
☀ Salmon ( 3 oz = 794 IU)
☀ Fortified Cereal ( 1 cup = 40 IU)
☀ Fortified Milk ( 1 cup = 120 IU)
☀ Kuning Telur (40 IU)

Apakah yang boleh menyebabkan anda kekurangan vitamin D?
✪ Berumur 50 dan ke atas
✪ Mempunyai berat badan berlebihan
✪ Alah kepada susu dan laktosa
✪ Mempunyai penyakit hati dan pencernaan

Berapa jumlah vitamin D yang anda perlukan?
⚘ Sehingga umur 70 tahun ➻ 600 IU
⚘ 71 tahun dan ke atas ➻ 800 IU

Oleh itu, pastikan kita mempunyai sumber vitamin D yang mencukupi.
Untuk tempahan, sila sms/whatsapp 0108010589 (Zuraidi Bin Osman)