Semua organ memerlukan CoQ10 terutama jantung. Sehingga 1990, terdapat 50 kajian mengenai kesan CoQ10 ke atas kardiomiopati, arhitmia, penyakit arteri koronori, sesak nafas disebabkan kegagalan jantung berfungsi, prolaps injal mital dan tekanan darah tinggi. (Greenburg, S. dan W.H. Frishman, Journal of Clinical Pharmacology, 1990, 30, 595-608). Apabila orang yang memerlukan perpindahan jantung, mengambil nutrien ini, keadaan mereka menjadi bertambah baik sehingga tidak perlu lagi dibuat pembedahan tersebut. (Mortenson, S. A., et al., Clinical investigator, 1993, 71:S116-S123). Bila diberikan selepas pembedahan pintasan koronori, CoQ10 memendekkan masa pemulihan. Tiga kajian yang berasingan menunjukkan apabila 100mg CoQ10 diberikan setiap hari kepada beribu-ribu pesakit jantung, 75% menunjukkan kemajuan dalam fungsi pulmonari, edema, dan denyutan jantung - tanpa kesan sampingan. (Morisco, C., et al., Baggio, E. et al., Lampertico, M., et al., Clinical Investigator, 1993, 71: S129-S149).

CO-Q10 COMPLEX
30 capsule
Harga Runcit: RM 79.00
Harga Ahli: RM 59.25
Co-enzyme Q10 (CoQ10) bukan sejenis vitamin, mineral atau asid amino namun ia penting kepada setiap sel dalam tubuh kita.
Selain daripada menghasilkan tenaga, CoQ10 melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan, meningkatkan pertahanan imun, membantu menghalang dan juga merawat penyakit jantung, kencing manis, penyakit berkala, tekanan darah tinggi, kegemukan, kanser dan menolong melambatkan proses penuaan - dengan syarat tubuh mendapat kuantiti CoQ10 yang optimal dan ini HANYA boleh dilakukan dengan pengambilan pemakanan tambahan. Makanan hanya mengandungi sedikit CoQ10 dan semakin kita tua, tubuh kita hanya mampu menghasilkan jumlah yang sedikit. Oleh itu, kekurangannya adalah perkara biasa.
Yang menariknya ialah kekuatan terapeutik CoQ10 dalam rawatan kardiomiopati. Pemberian tambahan membaiki prognosis dalam banyak kes sehingga keadaan boleh dianggap sebagai kekurangan CoQ10. (Langsjoen, P. H., et al., International Journal of Tissue Research. 1990. 12(3): 163-71) Dalam satu kajian didapati 87% dari 126 pesakit kardiomiopati menunjukkan kemajuan ketara dalam fungsi jantung selepas mengambil 100mg sehari, tanpa kesan sampingan yang buruk. (Langsjoen, P. H., et al., Free Radical Research Communications. 1989, 6: 667-75).
Jantung benar-benar bergantung kepada CoQ10 untuk memenuhi keperluan tetap tenaganya; otot jantung mengandungi dua kali ganda lebih banyak nutrien daripada organ lain atau tisu dalam tubuh. Mereka yang berpenyakit jantung mempunyai kurang 25% CoQ10 berbanding mereka yang sihat. Jika kekurangan mencapai 75%, pakar -pakar meramalkan jantung akan berhenti berdenyut. (Folkers, K. et al., Journal of Optimal Nutrition, 1993,2(4): 264-74) Oleh kerana CoQ10 akan lazimnya berpindah ke jantung, setengah pengkaji mengesyorkan bahawa ianya mungkin antioxidan yang paling penting untuk mencegah aterosklerosis. (Esterbauer, H., et al., Free Radical Research Communications. 1989, 6: 667-75).
No comments:
Post a Comment